Salahkah aku,
seandainya aku menjadi seorang yang pendiam pada masa-masa yang tertentu,
aku berbuat begitu,
kerana pada masa itu aku perlu bersendirian..
Salahkah aku,
seandainya aku menangis seorang diri,
aku berbuat begitu,
kerana pada masa itu aku tidak ingin sahabat-sahabat ku turut bersedih melihat
keadaan ku..
Salahkah aku,
seandainya aku memendam semua masalah seorang diri,
aku berbuat begitu,
kerana aku hanya ingin menunjukkan senyumanku pada sahabat-sahabatku..
Salahkah aku,
seandainya aku ingin menjadi nakal di hadapan teman-temanku,
aku berbuat begitu,
kerana aku hanya ingin melihat mereka gembira di hadapanku..
Salahkah aku,
seandainya aku rapat dengan mereka yang lebih tua dari ku,
aku berbuat begitu,
kerana aku memerlukan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dari ku..
Untuk pengetahuanmu,
aku hanya ingin menggambarkan kebahagiaanku kepadamu,
tidak perlu untuk engkau mengetahui tentang kesedihan ku,
kerana hanya Allah dan orang yang betul-betul ku percaya sahaja
yang akan mengetahui tentang kesedihanku..
4 comments:
aku ingin sekali menjadi sebahagian daripada insan yang terpilih berkongsi duka denganmu.
aku ingin sekali mengetahui apakah yang merentap senyuman sahabatku tika sendirian ini.
namun jika aku tidak ditakdirkan untuk menjadi sebahagian dari hal itu, aku berdoa agar aku menjadi salah seorang yang menyebabkan dirimu tersenyum bahagia ^_^
insyaAllah..
selagi kudrat masih kuat..
akan ku simpan semampu yang boleh..
kerana aku tak ingin turut merasai kedukaan ku..
biarlah Allah sahaja yang tahu..
(n_n)
adikku wani yg dikasihi...
jadilah mawar berduri, yg mmberi haruman kasturi..
jadilah lilin yg mnerangi, mmbawa cahaya agama Ilahi..
jadilah pelangi yg indah berseri,
bila muncul mewarnai alam ini bila hilang stsa dirindui dan dinanti2...
akhirnya,,jadilah sprti dirimu yg stsa ingin mmbahagiakan dan dibahagiakan...smoga bisa mnggapai bhgia dariNya,,i'allah =)
insyaAllah..
trima kasih atas nasihatmu ukhti,
akan ku cuba sebaik mgkin utk perbaiki diri,
dan yang utama,
akan ku kejar cinta Ilahi..
(n_n)
Post a Comment