Friday, August 13, 2010

my junior are so cute

pada hari khamis yg lalu, aku telah bertemu kembali dgn adikku yg telah lma x berjumpa..tp aku tidak pergi berjumpa dgnnya kerana segan..maklumlah dh lma x jumpa..aku berjalan ke pondok bersama kawanku dan juniorku..x lma kemudian sahabat adikku telah membawanya ke pondok tmpat aku mnunggu abg aku utk plg ke rumah..ketika itu aku hanya bergurau senda dgn sahabatnya keana kami mmg rapat..sehinggalah sahabat adikku ini menyuruh dia duduk di sebelahku..tp sblum itu sahabat adikku ada membisikkan kpd adikku dan mengatakan bahawa aku rindu padanya..aku bertambah malu dan segan namun aku buat2 x dgar dgn kta2 sahabatnya itu..setelah itu adikku pun duduk di sebelahku sambil bercakap dgn sahabatnya itu..yang sahabat adikku ni plk asyik menyakat aku..lg lah aku bertambah segan..aku senyap sehinggalah adikku menoleh ke belakang dan bercakap denganku..barulah aku mula berbicara..hanya Allah sahaja yg tahu betapa aku merindui suara itu..suara yg telah lma aku x dgr..aku bersyukur kerana Allah telah mempertemukan semula aku dgnnya..moga Allah kekalkan tali persaudaraan yg telah terbina ini..amin..v(^_^)v

Thursday, May 13, 2010

*bantulah kami ,Ya Allah*

pada 14 dan 15 mei ini sekolah kami akan mengadakan pertandingan tae kwon do peringkat daerah..aku memohon padaMu Ya Allah..bantulah kami, lancarkanlah majlis kami, permudahkanlah segala cabaran yang bakal kami semua hadapi..selama sebulan kami membuat persediaan untuk pertandingan ini..kami semua berharap dapat mengekalkan kejuaraan seperti tahun lepas..juara keseluruhan bagi sekolah menengah..insyaAllah kalau kami bernasib baik juara keseluruhan peringkat daerah..oleh itu, bantulah kami Ya Allah agar kami dapat mencapai segala harapan yang diberikan oleh warga sekolah kepada kami..insyaAllah..amin..

Friday, April 9, 2010

*luahan hatiku*

ya Allah..terima kasih ya Allah kerana telah megirimkan ana dua orang sahabat yang begitu mengambil berat tentang diri ini..mereka sentiasa ingin membantu ana ketika ana menghadapi masalah..walaupun adakalanya ana cuba menyembunyikan segala masalah dan kesedihan ana daripada mereka..namun apakan daya..mereka dapat membaca gerak geri ana ketika ana menghadapi masalah ataupun tidak..sebetulnya ana tidak mahu mereka mengetahui masalah ana kerana ana tak mahu mereka bimbangkan diri ana..namun, ana tetap bersyukur kerana mereka sentiasa berada di sisi ana ketika susah dan senang..terima kasih ya Allah..ana berharap persahabatan yang telah kami jalinkan tidak akan rosak atau putus  walau apapun yang terjadi..dan ana juga akan cuba berusaha menjadi seorang sahabat yang mereka impikan..insyaAllah..amin..

Friday, March 26, 2010

*luahan hati seorang sahabat*

 minggu ini ana telah mendengar segala keluhan, kekecewaan dan kesedihan yang dipendam oleh sahabat-sahabat ana..luka yang amat sukar untuk disembuhkan..sebak rasanya hati ini mendengar betapa terlukanya perasaan mereka..walaupun mereka terasa dengan kelakuan teman-teman yang lain..walaupun mereka kecewa dengan sikap kawan-kawan mereka yang lain..mereka tetap meneruskan persahabatan yang telah dijalinkan..Ya Allah, beri ana dan sahabat-sahabat ana petunjuk tentang masalah yang kami hadapi..kami mengharapkan petunjuk dan bimbinganMu, Ya Allah...berikanlah kami petunjukMu dan bimbinglah kami agar kami dapat melakukan suatu keputusan yang menyenangkan hati semua orang..amin..

*doa buat sahabat*


ya Allah..esok sahabat-sahabat ana akan pergi bertanding di smk sungai pasir...menghadiri pertandingan Majlis Tadarus al-Quran peringkat daerah..permudahkanlah segala cabaran dan tandingan yang bakal mereka hadapi..Ya Rabb, lancarkanlah perjalanan mereka di pertandingan itu..ana harap mereka membawa berita gembira selepas berakhirnya pertandingan itu..ana menerima segala berita yang di bawa pulang bersama mereka..Ya Allah, sesungguhnya mereka telah banyak berusaha untuk pertandingan ini..maka berikanlah yang terbaik buat mereka..moga dengan doa ana yang sederhana ini akan permudahkan perjalanan mereka di pertandingan  itu..amin..

Monday, February 15, 2010

*perasaan seorang sahabat*

tak dapat ku gambarkan perasaan ini..
saat ku melihat senyuman rakan-rakanku..
tetapi tak dapat ku ungkapkan perasaan ini..
saat ku melihat senyuman sahabatku..

tak dapat ku gambarkan perasaan ini..
saat ku melihat gelak ketawa rakan-rakanku..
tetapi tak dapat ku ungkapkan perasaan ini..
saat ku melihat gelak ketawa sahabatku..

tak dapat ku gambarkan perasaan ini..
saat ku melihat kesedihan rakan-rakanku..
tetapi tak dapat ku ungkapkan perasaan ini..
saat ku melihat kesedihan sahabatku..

sahabat..
seseorang yang amat ku sayangi..
seseorang yang amat ku kagumi..
seseorang yang sanggup ku lindungi..
dari perkara-perkara yang tak pernah dilakukan..
ataupun fitnah..

Sunday, January 31, 2010

*bicara hatiku*

dalam lesu,
kau masih tersenyum,
walaupun melihat duka tangisanmu,
merindukan warna kedamaian,
menanti bahagia beraja di situ,

bilakah kan berakhir kisah derita,
apakah tiada penghujungnya,
manakah jawapannya,

laungkan tulus kasihmu seluruh alam,
hingga bisa menggegar bumi,
moga mereka terima utusan salam,
tanda kau masih di sini,

khabarkan kepada mereka,
masih ada cinta,
mewangi di sini,

dan khabarkan kepada dunia,
damai yang kau cari,
akan kau miliki..

*lafaz yang tersimpan*

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan 

Tuesday, January 26, 2010

*persahabatan*

persahabatan,
suatu ikatan yang lahir dari hati,
dengan keinginan yang ikhlas,
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban,
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
tentang impian dan pengertian hidup ini,

persahabatan yang suci dan murni,
adalah sebuah hubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
diwarnai dengan keihklasan,
dicurahi dengan kasih sejati,
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan,

teman yang budiman,
mengertilah maksudku ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku,
sejak perkenalan kita,

kita bina tugu persahabatan,
yang dipagari besi kedewasaan,
yang teguh berdiri di laman hati kita,
tak tumbang dek rintangan,
hanya satu pintaku,
agar kau sentiasa mengingati diriku..