Friday, June 10, 2011

:: tempat baru, kawan baru, semua baru ::

assalamualaikum kepada semua teman-teman yang ana kasihi..ana harap teman-teman ana semua berada dalam keadaan sihat sentiasa, insyaAllah..baru-baru ni ana telah mendaftarkan diri di insaniah..tempat yang telah lama ana ingin sambung pelajaran dan tempat yang sesuai untuk ana belajar mencari cintaNya..alhamdulillah hari pendaftaran di insaniah itu berjalan dengan lancar..

selepas pendaftaran, ana diminta untuk ke kolej kediaman dan mendaftarkan diri di kolej kediaman tersebut..masa pendaftaran di kolej kediaman itu, pendaftaran dikendalikan oleh kakak2 fasy yang ditugaskan untuk menjaga semua pelajar-pelajar baru sepanjang minggu silaturrahim..yang paling ana suka ialah melihat wajah kakak2 fasy yang begitu lembut dan sejuk mata memanndang..tingkah laku mereka yang sopan membuatkan ana lebih yakin dengan keputusan ana dengan memilih ipt itu..

walaupun keadaan di asrama agak padat dengan pelajar2 baru, itu tidak menjadi masalah kepada ana dan teman2 yang lain kerana kami diberitahu bahawa tahun ini merupakan intake terbanyak..jadi ana faham jika ada apa2 kekurangan yang tidak sempat disediakan oleh pihak insaniah kerana mereka juga tidak menjangkakan intake seramai itu..dan ana harap mudah-mudahan pelajar2 baru yang mendaftar di insaniah dapat mencari apa yang utama dalam hidup di dunia ini, insyaAllah ^_^