Tuesday, June 12, 2012

~ Emas ~

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang di kasihi..moga semuanya sihat-sihat belaka..(n_n)..entry ana kali ini adalah mengenai emas..





Sebelum  itu ana nak tanya sahabat-sahabat semua, apa yang anda semua boleh lakukan dengan pembelian emas? Adakah sekadar perhiasan? Sekiranya anda membeli emas hanya sebagai perhiasan, tiada masalah. Tapi, adakah anda tahu dengan pembelian emas anda juga boleh membuat pelaburan yang menghasilkan pulangan yang lumayan? Sudah tentu ramai yang mengetahui tentang ini kan?



Jadi sekiranya sahabat-sahabat yakin dengan pelaburan ini, apa salahnya sekiranya sahabat-sahabat cuba untuk melabur terutamanya mahsiswa / mahasiswi kolej atau universiti yang membuat pinjaman ptptn. Seperti yang kita tahu, kebanyakan mahsiswa / mahasiswi yang telah menamatkan pengajian mempunyai masalah untuk membuat pembayaran semula ptptn. Tambahan pula kerja kosong susah untuk dicari. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh saja mencuba langkah ini sebagai perancangan masa depan anda..(n_n)..

p/s : kpd sesiapa yg b'minat, blh cntct sy melalui http://www.facebook.com/marwani.ahmad

Friday, May 18, 2012

~ Alhamdulillah ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk melihat keindahan alam ciptaanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar ciptaanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk berkasih sayang hanya keranaNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk melakukan kebaikan di jalanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk tersenyum ikhlas keranaNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk beribadah kepadaNya..

Alhamdulillah, 
aku masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum tiba masa untuk aku mengadapNya..

~ Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam ~

Cuci wajah 5x sehari

  • agar wajah kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5x sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.
Bersenam elakkan stress
  • untuk menghilangkan stress atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik bersenam yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.
Rahsia bibir cantik
  • anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibr, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orng lain, dan juga tidak sombong atau takabur.
Dikenali dan disayangi
  • agar diri lebih dikenali dan disayangi ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kuliah, di pejabat, ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.
Tubuh langsing jadi idaman
  • untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu ambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat isnin dan khamis pada setiap mggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkanlah pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
sumber : majalah dara.com

Thursday, May 17, 2012

~ Kata-kata Semangat Darimu ~

kata-kata semangat darimu,
membuatkan aku sedar tentang erti kehidupan..


kata-kata semangat darimu,
membuatkan aku terfikir akan tujuan aku dilahirkan..


kata-kata semangat darimu,
membuatkan aku ingin menjadi lebih baik dari hari ke hari..


kata-kata semangat darimu,
membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus tersenyum..


aku bersyukur kerana Allah telah mempertemukan aku denganmu..
moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke syurga..
insyaAllah..
(n_n)




kredit to  : kak siti nurwanis, kak nurmaizatul izwani, kak nadhirah shafini, kak nabilla najat, kak syahidatul kamilin, kak syamimi, dan kak najlaa mujahidah..(n_n)

Tuesday, May 15, 2012

~ Salahkah Aku ~

Salahkah aku,
seandainya aku menjadi seorang yang pendiam pada masa-masa yang tertentu,
aku berbuat begitu,
kerana pada masa itu aku perlu bersendirian..


Salahkah aku,
seandainya aku menangis seorang diri,
aku berbuat begitu,
kerana pada masa itu aku tidak ingin sahabat-sahabat ku turut bersedih melihat 
keadaan ku..


Salahkah aku,
seandainya aku memendam semua masalah seorang diri,
aku berbuat begitu,
kerana aku hanya ingin menunjukkan senyumanku pada sahabat-sahabatku..


Salahkah aku,
seandainya aku ingin menjadi nakal di hadapan teman-temanku,
aku berbuat begitu,
kerana aku hanya ingin melihat mereka gembira di hadapanku..


Salahkah aku,
seandainya aku rapat dengan mereka yang lebih tua dari ku,
aku berbuat begitu,
kerana aku memerlukan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dari ku..


Untuk pengetahuanmu,
aku hanya ingin menggambarkan kebahagiaanku kepadamu,
tidak perlu untuk engkau mengetahui tentang kesedihan ku,
kerana hanya Allah dan orang yang betul-betul ku percaya sahaja 
yang akan mengetahui tentang kesedihanku..



Sunday, May 6, 2012

~Cara Mendekati Sahabat Baru~

SENYUM
  • senyuman adalah satu sedekah. apa salahnya kita melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja apabila terserempak dengan mereka (jantina yang sama sahaja, bahaya kalau melemparkan senyuman kepada jantina yang berbeza ya.. n_< ). senyuman dengan niat ikhlas untuk mengembirakan hati seseorang adalah lebih baik daripada kita bermasam muka dan tidak mahu bertegur sapa. apabila anda senyum, kawan baru ini tidak akan segan silu untuk mendekati anda bagi memulakan persahabatan.
BERCAKAP
  • kita belum mengetahui latar belakang kawan baru kita dengan lebih lanjut, maka ajak dia berbual terlebih dahulu. katakan sesuatu yang berfaedah kerana tidak semua berminat mendengar kata2 kosong. apabila kita sudah mengetahui minatnya, hobinya dan juga kesukaannya maka gunakan ia sebagai bonus untuk lebih mendekati kawan baru itu. apa salahnya kita memperuntukkan sedikit masa untuk berbicara dengannya untuk mengeratkan silaturrahim yang terjalin.
SERIUS
  • ketika bersembang dengan rakan baru, jangan menunjukkan reaksi terlalu serius. ditakuti, mereka akan menganggap kita tidak mudah untuk didekati. orang yang bersikap serius ini kebanyakannya mudah terasa. sudah menjadi asam garam antara dua orang sahabat untuk bergurau senda. oleh itu, lupakan sebentar sikap terasa hati kita demi sahabat baru yang disayangi.
PERAMAH
  • bukan hanya senyuman yang mampu menjalin persahabatan tetapi sikap yang mulia juga mempengaruhi ikatan yang terjalin. sifat peramah amat digalakkan untuk kita yang ingin mendekati kawan baru. dia akan merasakan kita mengambil berat ke atas dirinya dan boleh berkongsi suka dan duka bersama. jangan kita bersikap berlagak tanpa bertanya mengenai keadaanya. paling tidak pun cukup sekadar bertanya khabar setiap hari. itu sebenarnya sudah memadai bagi antara kita yang kurang peramah.
LAWAK
  • tidak semua orang mempunyai kelebihan membuat lawak yang membolehkan orang lain geli hati. namun, jika namanya sahabat, lawak bagaimanapun yang kita reka pasti dia akan ketawa. itu dinamakan sahabat. kawan yang biasa mungkin tidak akan melayan lawak ringkas kita itu kerana kurang berminat. tetapi sebagai permulaan persahabatn, senda gurau adalah perlu supaya lebih ceria dan kehidupan kita dihiasi dengan keceriaan setiap masa. (n_n)
majalah dara.com