Saturday, November 5, 2011

~ JODOH ~

assalmualaikum kepada sahabat2 ana yang dirindui..

pertama sekali ana ingin memohon maaf kerana dah lama tak dapat nak update blog..biasa la, bila dah bergelar mahsiswa ni buzy memanjang..assignment, program, final exam..suma nak kena focus betul2..maklum la, nak buat yang terbaik untuk masa depan..hehehe

entry ana kali ini adalah mengenai jodoh..teman2 di kolej ana kebanyakannya akan berkahwin tak lama lagi..di kolej ana, jika seseorang itu kahwin awal walaupun baru berumur 18 tahun, itu semua dikira perkara biasa kerana kahwin awal ada hikmahnya..contohnya, ana ada 3 orang teman yang sudah berpunya, ada yang masih berkawan dan ada yang sudah bertunang..boleh dikatakan di antara kami berempat, ana ja yang belum berpunya..hehehe

ramai yang bertanya kepada ana "Dah ade ke belom??"..soalan yang sering ditanya oleh teman2..seperti biasa jawapan ana "Ana belum berpunya dan belum ada orang yang memiliki hati ana'"..skema kan ayat tu..hehehe..tapi itulah kebenarannya..ana belum berpunya dan belum ada orang yang berjaya memiliki hati ana..jangan salah faham..bukannya ana tidak fikirkan masa depan, tapi ana buat masa ini ana nak tumpukan perhatian pada pelajaran..

sememangnya untuk mendapatkan calon yang baik kena usaha dari sekarang..dan ana sedang berusaha mendapatkan calon yang baik dengan bantuan abang sepupu dan juga kakak2 di insaniah..abang sepupu ana yang sekarang ini belajar di mesir sedang mencari calon untuk ana dan adik2nya..kakak2 di kolej pula menawarkan untuk mencarikan calon untuk ana..bukankah itu dinamakan rezeki..kakak2 nak tolong cari, takkan ana nak tolak pertolongan mereka..kan??

insyaAllah, jika ana berusaha dari sekarang dengan berdoa dan memohon kepadanya..ana akan medapatkan hasilnya hanya dengan izinNya..jodoh pertemuan di tangan Allah..ana sebagai hambanya hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal sahaja..insyaAllah akan dapat hasil yan terbaik untuk ana,,