Friday, May 20, 2011

:: kenangan bersama sahabat ::

hari ni ana teringat kembali kenangan ketika berada di sekolah menengah...banyak kenangan manis bersama sahabat-sahabat ana ketika berada di sekolah menengah..hamba Allah yang pertama menjadi sahabat ana ialah Izyan Hayati..ana ingat lagi..masa ana berada di tingkatan 3..teman ana pernah menyebut nama dia..ana mula tertanya-tanya siapakah hamba Allah ini? kemudian teman ana pernah memberitahu yang sahabat ana ini ada friendster..tanpa membuang masa ana balik dan mencari profile sahabat ana itu..dari situ ana cuba untuk mengenali dia..

semasa ana berada di tingkatan 4, sahabat ana berada di tingkatan 3..sebelum ni kami tak pernah bersua muka..tp pada tahun 2009 itu..sahabat ana mula bermain bola tampar untuk mewakili sekolah..kebetulan ana memang bermain bola tampar dari tingkatan 1..pada mulanya ana tak tahu bahawa sahabat ana itu bermain bola tampar..ana dapat tahu yang dia pun ada sekali masa latihan bola tampar..teman ana tunjukkan ana yang mana satu sahabat ana itu..

selepas melihat sahabat ana itu..ana cuba untuk bersembang dengan dia..tapi biasa la..ana cukup susah nak buka mulut kalau nak berkenalan dengan seseorang ni..hmmm..ada la sekali tu..ana terpaksa menahan malu sebab menyampuk teman ana bersembang dengan sahabat ana..biasa la..serbu tak pakai helmet..macam tu la jadinya..hehehe..bermula dari situ..ana dan sahabat ana menjadi semakin akrab..alhamdulillah..walaupun kami pernah berselisih faham..persahabatan yang terjalin kerana Allah tak pernah menghampakan..

ana sangat bersyukur kerana mengenali seseorang yang pemaaf sepertinya..segala perkara negatif yang berlaku di antara kami akan diselesaikan dengan memaafkan antara satu sama lain..alhamdulillah ana jenis orang yang susah nak marah orang lain lama-lama..dan susah nak marah orang yang ana sayang..kebetulan kami ada minat yang sama..indah sungguh pemberian Allah pada ku..mudah-mudahan persahabatan kami berada di dalam rahmatNYA..

hamba Allah yang ke dua yang menjadi sahabat ana ialah Norshuhada..ana kenal shuhada dari sekolah rendah lagi..tapi masa sekolah rendah ana tak rapat dengan shuhada..ana start rapat dengan shu masa tingkatan 4..masa tu dia pindah balik ke sekolah kami kerana ada masalah sikit..start dari situ ana mula rapat dengan dia..shu banyak mengajar dan membimbing ana walaupun dia ada masalah kesihatan..dan yang pasti..dia pandai menyembunyikan masalahnya dari kami berdua..

jujur ana cakap..ana kagum dengan ketabahan shu..walaupun dia ada masalah kesihatan..dia masih mampu tersenyum untuk menyembunyikan penderitaannya..keberanian yang ada pada diri shu juga membuatkan ana teringin untuk menjadi kuat dan tabah seperti dia..alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan shu, sekarang dia dah sembuh sepenuhnya..ana benar-benar gembira apabila mengetahui bahawa shu telah sembuh..khabar gembira yang sangat sangat sangat menggembirakan..

hamba Allah yang ketiga yang menjadi sahabat ana ialah Farah Atiqah..ana masih ingat masa pertama kali selisih jalan dengan farah..farah senyum pada ana..jujur ana cakap..senyumannya manis sekali..walaupun ana tak ingat ana balas ke tak senyuman dia..hehehe..farah ni sebenarnya junior ana..ana baru kenal dia pertengahan tahun lepas..

masa kami mula berkenalan..kami tengah cuba menyelesaikan masalah teman-teman farah..ana sebagai senior merangkap kakak angkat salah seorang dari temannya ikut serta dalam menyelesaikan masalah itu..tapi yang pasti..ana tak banyak memmbantu sebab shu sahaja yang bagi brainwash kat teman-teman farah..ana dengan izyan dengar ja..ana masih boleh ingat lagi gelagat kami bertiga (ana, izyan, shu) lepas habis brainwash teman-teman farah..lawak pun ada..hehehe..

mulai dari hari tu..kami berempat (ana, izyan, shu, farah) mula duduk sekali selepas habis kelas..setiap kali habis waktu sekolah..kami berempat akan duduk di kantin untuk bersembang..boleh dikatakan adik-adik yang sekolah petang dah boleh kenal muka kami berempat..yang dah kenal pun ada..hehehe..popular tanpa berbuat apa-apa..di kantin tu juga kami selalu berkongsi masalah dan pendapat, study, dan makan..hehehe..

apa yang pasti..kenangan ana bersama mereka merupakan kenangan terindah kerana Allah telah mempertemukan ana dengan 3 orang sahabat yang sangat memahami dan sentiasa bersama ana..indah sekali ukhwah yang terbina hanya kerana Allah..sahabat-sahabat ana akan sentiasa berada di dalam ingatan ana selagi hayat dikandung badan..mudah-mudahan persahabatan yang terbina di antara kami akan menjadi kunci untuk kami sama-sama ke syurga..insyaAllah..ana sayang sahabat-sahabat ana..^_^


:: 6 JUN 2011 ::

pada tarikh ini..ana akan menyambungkan pelajaran ke KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)..alhamdulillah ana akan sambung belajar dalam bidang perbankan islam di sana..ana memang nak sambung belajar di insaniah dari tahun lepas lagi..bila dah dapat peluang nak sambung belajar kata sana..ana takkan sia-siakan peluang tu..

buat masa ni,,ana sedang buat persiapan sebelum masuk sebagai pelajar insaniah..letih + excited = gemuruh..hehehe..ana tak penah duduk asrama..kali ni ana masuk insaniah ana kena duduk asrama..tapi takpa..mesti seronok dapat pengalaman baru..barang pun dah hampir siap semuanya..tinggal nak jahit tudung ja..

apa-apa pun..belajar sesuatu yang baru memang menyeronokkan! di tambah lagi dapat kawan-kawan baru..mungkin dapat bertambah bilangan sahabat ana nanti..insyaAllah..kepada sahabat-sahabat ana..ana doakan kalian bertiga dilindungi dari fitnah dan bahaya..moga dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat Allah..love the three of you..^_^