Saturday, November 5, 2011

~ JODOH ~

assalmualaikum kepada sahabat2 ana yang dirindui..

pertama sekali ana ingin memohon maaf kerana dah lama tak dapat nak update blog..biasa la, bila dah bergelar mahsiswa ni buzy memanjang..assignment, program, final exam..suma nak kena focus betul2..maklum la, nak buat yang terbaik untuk masa depan..hehehe

entry ana kali ini adalah mengenai jodoh..teman2 di kolej ana kebanyakannya akan berkahwin tak lama lagi..di kolej ana, jika seseorang itu kahwin awal walaupun baru berumur 18 tahun, itu semua dikira perkara biasa kerana kahwin awal ada hikmahnya..contohnya, ana ada 3 orang teman yang sudah berpunya, ada yang masih berkawan dan ada yang sudah bertunang..boleh dikatakan di antara kami berempat, ana ja yang belum berpunya..hehehe

ramai yang bertanya kepada ana "Dah ade ke belom??"..soalan yang sering ditanya oleh teman2..seperti biasa jawapan ana "Ana belum berpunya dan belum ada orang yang memiliki hati ana'"..skema kan ayat tu..hehehe..tapi itulah kebenarannya..ana belum berpunya dan belum ada orang yang berjaya memiliki hati ana..jangan salah faham..bukannya ana tidak fikirkan masa depan, tapi ana buat masa ini ana nak tumpukan perhatian pada pelajaran..

sememangnya untuk mendapatkan calon yang baik kena usaha dari sekarang..dan ana sedang berusaha mendapatkan calon yang baik dengan bantuan abang sepupu dan juga kakak2 di insaniah..abang sepupu ana yang sekarang ini belajar di mesir sedang mencari calon untuk ana dan adik2nya..kakak2 di kolej pula menawarkan untuk mencarikan calon untuk ana..bukankah itu dinamakan rezeki..kakak2 nak tolong cari, takkan ana nak tolak pertolongan mereka..kan??

insyaAllah, jika ana berusaha dari sekarang dengan berdoa dan memohon kepadanya..ana akan medapatkan hasilnya hanya dengan izinNya..jodoh pertemuan di tangan Allah..ana sebagai hambanya hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal sahaja..insyaAllah akan dapat hasil yan terbaik untuk ana,,

Sunday, September 18, 2011

:: training programming camp (TPC) ::

assalamualaikum semua,
apa khabar antum semua? moga semua berada dalam keadaan sihat..maafkan ana kerana dah lama tak update blog ni..ana tak sempat nak online..maaf ye..

baru-baru ni ana ada menyertai TRAINING PROGRAMMING CAMP (TPC) anjuran Persatuan Eksekutif Muamalat, KUIN yang diadakan di Sri Julok Resort, Naka..program ni diadakan selama 3 hari 2 malam..pada hari pertama, ana dan rakan2 yang lain berolak dari stargate ke naka pada pukul 6 petang dan tiba di sana pada 7.15 malam..setelah tiba di sana, ana dan rakan2 diminta berkumpul di dewan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dan mendengar taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan..yang menariknya, pada malam itu kami menjalankan aktiviti night walk dimana kami diberi masa 5 minit untuk menukar pakaian dan membawa bersama kain batik (muslimah) dan kain pelikat (muslimin)..Allah je la yang tahu betapa kelam kabutnya kami semua pada masa tu..tapi yang pasti..aktiviti nightwalk tu memang best!

pada hari kedua, kami diarahkan untuk mengendalikan malam kebudayaan yang akan diadakan pada malam kedua bersama penduduk kampung naka. kami dibahagikan kepada unit-unit tertentu mengikut tugas-tugas yang diberikan. letih jugak la mengendalikan satu program dalam satu hari. tapi yang seronoknya, kumpulan ana ditugaskan untuk memetik buah-buahan di pokok-pokok yang ada berhampiran dengan dewan. memang seronok sangat dapat petik buah dengan kawan-kawan baru. (n_n). pada malam tu bermulalah aktivit malam kebudayaan. walaupun program berjalan dengan lancar, tapi masih ada sedikit masalah yang dihadapi. tapi semuanya dapat diatasi dengan jayanya.

pada hari ketiga, kami mengadakan aktiviti senam pagi dan explorace. pada aktivit senam pagi tu, ana dan teman-teman diberi hukuman kerana datang lambat ke dewan untuk solat subuh. hukuman yang diberikan xde la teruk sangat. hukuman ringan ja. tapi untuk aktiviti explorace tu mmg best la. walaupun ada sedikit masalah dengan ahli kumpulan, tapi itu perkara biasa. pada petang tu kami bersiap sedia untuk pulang ke kolej. pada petang tu jugak, pengarah program membenarkan kami membawa pulang sebanyak mugkin buah-buahan yang ada di sekitar kampung untuk dikongsi bersama kawan-kawan di kolej nanti. begitulah aktiviti kami selama tiga hari berada di sana. ana berharap ana dapat menyertai lebih banyak program yang akan diadakan oleh pihak kolej. (n_n)

Friday, June 10, 2011

:: tempat baru, kawan baru, semua baru ::

assalamualaikum kepada semua teman-teman yang ana kasihi..ana harap teman-teman ana semua berada dalam keadaan sihat sentiasa, insyaAllah..baru-baru ni ana telah mendaftarkan diri di insaniah..tempat yang telah lama ana ingin sambung pelajaran dan tempat yang sesuai untuk ana belajar mencari cintaNya..alhamdulillah hari pendaftaran di insaniah itu berjalan dengan lancar..

selepas pendaftaran, ana diminta untuk ke kolej kediaman dan mendaftarkan diri di kolej kediaman tersebut..masa pendaftaran di kolej kediaman itu, pendaftaran dikendalikan oleh kakak2 fasy yang ditugaskan untuk menjaga semua pelajar-pelajar baru sepanjang minggu silaturrahim..yang paling ana suka ialah melihat wajah kakak2 fasy yang begitu lembut dan sejuk mata memanndang..tingkah laku mereka yang sopan membuatkan ana lebih yakin dengan keputusan ana dengan memilih ipt itu..

walaupun keadaan di asrama agak padat dengan pelajar2 baru, itu tidak menjadi masalah kepada ana dan teman2 yang lain kerana kami diberitahu bahawa tahun ini merupakan intake terbanyak..jadi ana faham jika ada apa2 kekurangan yang tidak sempat disediakan oleh pihak insaniah kerana mereka juga tidak menjangkakan intake seramai itu..dan ana harap mudah-mudahan pelajar2 baru yang mendaftar di insaniah dapat mencari apa yang utama dalam hidup di dunia ini, insyaAllah ^_^

Friday, May 20, 2011

:: kenangan bersama sahabat ::

hari ni ana teringat kembali kenangan ketika berada di sekolah menengah...banyak kenangan manis bersama sahabat-sahabat ana ketika berada di sekolah menengah..hamba Allah yang pertama menjadi sahabat ana ialah Izyan Hayati..ana ingat lagi..masa ana berada di tingkatan 3..teman ana pernah menyebut nama dia..ana mula tertanya-tanya siapakah hamba Allah ini? kemudian teman ana pernah memberitahu yang sahabat ana ini ada friendster..tanpa membuang masa ana balik dan mencari profile sahabat ana itu..dari situ ana cuba untuk mengenali dia..

semasa ana berada di tingkatan 4, sahabat ana berada di tingkatan 3..sebelum ni kami tak pernah bersua muka..tp pada tahun 2009 itu..sahabat ana mula bermain bola tampar untuk mewakili sekolah..kebetulan ana memang bermain bola tampar dari tingkatan 1..pada mulanya ana tak tahu bahawa sahabat ana itu bermain bola tampar..ana dapat tahu yang dia pun ada sekali masa latihan bola tampar..teman ana tunjukkan ana yang mana satu sahabat ana itu..

selepas melihat sahabat ana itu..ana cuba untuk bersembang dengan dia..tapi biasa la..ana cukup susah nak buka mulut kalau nak berkenalan dengan seseorang ni..hmmm..ada la sekali tu..ana terpaksa menahan malu sebab menyampuk teman ana bersembang dengan sahabat ana..biasa la..serbu tak pakai helmet..macam tu la jadinya..hehehe..bermula dari situ..ana dan sahabat ana menjadi semakin akrab..alhamdulillah..walaupun kami pernah berselisih faham..persahabatan yang terjalin kerana Allah tak pernah menghampakan..

ana sangat bersyukur kerana mengenali seseorang yang pemaaf sepertinya..segala perkara negatif yang berlaku di antara kami akan diselesaikan dengan memaafkan antara satu sama lain..alhamdulillah ana jenis orang yang susah nak marah orang lain lama-lama..dan susah nak marah orang yang ana sayang..kebetulan kami ada minat yang sama..indah sungguh pemberian Allah pada ku..mudah-mudahan persahabatan kami berada di dalam rahmatNYA..

hamba Allah yang ke dua yang menjadi sahabat ana ialah Norshuhada..ana kenal shuhada dari sekolah rendah lagi..tapi masa sekolah rendah ana tak rapat dengan shuhada..ana start rapat dengan shu masa tingkatan 4..masa tu dia pindah balik ke sekolah kami kerana ada masalah sikit..start dari situ ana mula rapat dengan dia..shu banyak mengajar dan membimbing ana walaupun dia ada masalah kesihatan..dan yang pasti..dia pandai menyembunyikan masalahnya dari kami berdua..

jujur ana cakap..ana kagum dengan ketabahan shu..walaupun dia ada masalah kesihatan..dia masih mampu tersenyum untuk menyembunyikan penderitaannya..keberanian yang ada pada diri shu juga membuatkan ana teringin untuk menjadi kuat dan tabah seperti dia..alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan shu, sekarang dia dah sembuh sepenuhnya..ana benar-benar gembira apabila mengetahui bahawa shu telah sembuh..khabar gembira yang sangat sangat sangat menggembirakan..

hamba Allah yang ketiga yang menjadi sahabat ana ialah Farah Atiqah..ana masih ingat masa pertama kali selisih jalan dengan farah..farah senyum pada ana..jujur ana cakap..senyumannya manis sekali..walaupun ana tak ingat ana balas ke tak senyuman dia..hehehe..farah ni sebenarnya junior ana..ana baru kenal dia pertengahan tahun lepas..

masa kami mula berkenalan..kami tengah cuba menyelesaikan masalah teman-teman farah..ana sebagai senior merangkap kakak angkat salah seorang dari temannya ikut serta dalam menyelesaikan masalah itu..tapi yang pasti..ana tak banyak memmbantu sebab shu sahaja yang bagi brainwash kat teman-teman farah..ana dengan izyan dengar ja..ana masih boleh ingat lagi gelagat kami bertiga (ana, izyan, shu) lepas habis brainwash teman-teman farah..lawak pun ada..hehehe..

mulai dari hari tu..kami berempat (ana, izyan, shu, farah) mula duduk sekali selepas habis kelas..setiap kali habis waktu sekolah..kami berempat akan duduk di kantin untuk bersembang..boleh dikatakan adik-adik yang sekolah petang dah boleh kenal muka kami berempat..yang dah kenal pun ada..hehehe..popular tanpa berbuat apa-apa..di kantin tu juga kami selalu berkongsi masalah dan pendapat, study, dan makan..hehehe..

apa yang pasti..kenangan ana bersama mereka merupakan kenangan terindah kerana Allah telah mempertemukan ana dengan 3 orang sahabat yang sangat memahami dan sentiasa bersama ana..indah sekali ukhwah yang terbina hanya kerana Allah..sahabat-sahabat ana akan sentiasa berada di dalam ingatan ana selagi hayat dikandung badan..mudah-mudahan persahabatan yang terbina di antara kami akan menjadi kunci untuk kami sama-sama ke syurga..insyaAllah..ana sayang sahabat-sahabat ana..^_^


:: 6 JUN 2011 ::

pada tarikh ini..ana akan menyambungkan pelajaran ke KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)..alhamdulillah ana akan sambung belajar dalam bidang perbankan islam di sana..ana memang nak sambung belajar di insaniah dari tahun lepas lagi..bila dah dapat peluang nak sambung belajar kata sana..ana takkan sia-siakan peluang tu..

buat masa ni,,ana sedang buat persiapan sebelum masuk sebagai pelajar insaniah..letih + excited = gemuruh..hehehe..ana tak penah duduk asrama..kali ni ana masuk insaniah ana kena duduk asrama..tapi takpa..mesti seronok dapat pengalaman baru..barang pun dah hampir siap semuanya..tinggal nak jahit tudung ja..

apa-apa pun..belajar sesuatu yang baru memang menyeronokkan! di tambah lagi dapat kawan-kawan baru..mungkin dapat bertambah bilangan sahabat ana nanti..insyaAllah..kepada sahabat-sahabat ana..ana doakan kalian bertiga dilindungi dari fitnah dan bahaya..moga dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat Allah..love the three of you..^_^

Tuesday, April 19, 2011

:: maafkan ku sahabat ::

hari ini ana tak tahu kenapa ana mengeluarkan ayat itu..ana tak sepatutnya berkata begitu..maafkan ku sahabat..ana tak bermaksud nak menyakiti kamu..ana tahu mungkin kamu terasa dengan kata-kata ana..tapi percayalah, ana bukan nak putuskan persahabatan kita..dan tak mungkin ana bermaksud nak kamu lupakan ana..ana tahu ana salah..dan ana minta maaf..ana sayang kamu..ana juga sayang sahabat-sahabat yang lain..ana faham kalau kamu tak boleh nak maafkan ana..dan ana takkan memaksa kamu untuk memaafkan ana..satu saja yang perlu kamu tahu..ana sayang sahabat2 ana, terutamanya kamu..

Monday, April 11, 2011

:: memburu kemanisan iman ::

Bismillahirrahmanirrahim..


IMAN..setiap perubahan yang berkaitan dengan diri kita pasti ada kaitan dengan meningkat dan menurunnya tahap keimanan..macam ana..walaupun sebelum ni teman-teman ana cakap ana seorang yang penyabar dan pendiam..belum tentu lagi kelakuan ana itu dapat membuktikan yang ana seorang yang beriman..dan apa yang ana pasti..masa berada di sekolah menengah, iman ana tidak pernah mantap..


Selepas habis peperiksaan SPM..ana banyak membeli dan menbaca buku-buku ilmiah..dan kebanyakan buku yang ana baca adalah mengenai hati..setiap perubahan yang akan ana lakukan mesti melibatkan hati..kerana hati yang bersih dan sentiasa mengingati Allah dapat mengelakkan ana daripada mengulangi perkara yang sama..

Buku yang paling ana suka adalah buku ilmiah yang berjudul "BAWA HATIMU KEPADA TUHAN"..buku ini merupakan pemberian daripada sahabat ana..buku ni yang paling ana suka kerana isi buku ni banyak menyedarkan ana betapa pentingnya hubungan seorang hamba dengan penciptaNYA..dan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYA..Allah sentiasa mengambil berat tentang hamba-hambaNYA tetapi hamba-hambaNYA tidak mempedulikan penciptaNYA..


Alhamdulillah..setakat ni ana masih cuba untuk mendekatkan diri dengan Allah..dan ana juga sedang cuba untuk meningkatkan tahap keimanan ana agar ana tidak mudah termakan dengan hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..dan ana cuba meningkatkan tahap keimanan hamba sehinnga ana dapat merasakan  kemanisan iman..KEMANISAN IMAN..itu yang ana cari selama ni..

MEMBURU KEMANISAN IMAN adalah sesuatu perkara yang ana ambil serius..walaupun bagi sesetengah remaja perkara ini tidak penting..tapi ana bukan seperti mereka yang masih tidak sedar yang kiamat sudah dekat..dan yang penting..ana ingin menyintai Allah dan rasulullah S.A.W..Nabi Muhammad sentiasa mengabil berat dan menyintai umat-umatnya..jadi ana ingin berusaha untuk membalas cinta baginda dengan berselawat kepadanya dan mendoakan kesejahteraannya..


Kemanisan iman ini amat sukat untuk di dapati sekiranya usaha tidak mencukupi..ana kena pastikan iman ana tidak luntur dengan meningkatkan kualiti ibadah, hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah dan selalu menghadiri majlis ilmu..insyaAllah suma itu akan ana lakukan demi mengukuhkan tahap keimanan..apabila telah kukuh..ana akan memburu kemanisan iman..insyaAllah..(n_n)


Sunday, April 10, 2011

:: perubahan ::

Bismillahirrahmanirrahim..

PERUBAHAN..apa yang anda faham mengenai perubahan??..adakah berubah dari buruk ke cantik??..atau berubah sikap dari kurang baik kepada lebih baik??..seperti ana..ana cuba berubah untuk menjadi lebih baik..walaupun sebelum ini ana seorang yang agak nakal..tapi berkat ilmu yang dipelajari sepanjang 3 bulan ini banyak memberi kesedaran kepada ana betapa pentingnya untuk ana berubah..dan yang paling penting ana berubah kerana Allah..ana takutkan azab yang akan Allah berikan kepada hambanya yang ingkar akan perintanhNYA..

Alhamdulillah setakat ni ana masih boleh konsisten..tapi biasalah..dalam proses untuk berubah ni banyak betul cabaran yang ana hadapi..terutamanya hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..kadang2 tu ana tumpas juga dengan hasutan syaitan tapi ana berusaha untuk konsisten juga..untuk melawan semua itu bukanlah sesuatu yang senang..tapi ana tetap berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama..

Sejak berada di sekolah menengah lagi ana sudah mula menutup aurat bermula dengan memakai handsocks..semasa berada di tingkatan 5 ana sudah mula memakai stokin untuk menutup aurat di bahagian kaki..dan alhamdulillah sekarang ana sudah mula memakai tudung labuh..soal pakaian ana xda masalah sebab ana sudah biasa pakai baju longgar dan saiz yang besar..ana juga suka mengenakan baju muslimah kerana ana selesa dengan rekaan baju tersebut..

InsyaAllah ana akan cuba konsisten dalam menutup aurat..walaupun ana baru mengenakan tudung labuh..ana xpernah merasa hangat mengenakannya malah ana merasa amat selesa..mudah-mudahan rasa ini berpanjangan..amin..dan insyaAllah sekiranya keadaaan mengizinkan..ana akan cuba untuk memakai purdah..tapi ana perlu belajar tentang ilmu pemakaian purdah..insyaAllah..(^_^)
 
 
 

Sunday, March 20, 2011

:: CANON EOS 1100D ::

                                       Canon EOS 1100D
                                       Price : RM 1999.00  

dh lma nk beli dslr..akhirnya jmpa jgk yg btul2 menarik utk dimiliki..harga pun blh tahan..hehehe..tp nk kna kja dlu..bkn sng nk dpt 2k..klu kja 3 bln pun blom ttntu dpt beli lg..tp xpa..ana akn berusaha dpt kn canon EOS 1100D..


tp mslhnya skrang ni..ana kna g plkn..pggilan ke brapa xtahu lg..tp xpa..ana akn cuba cri duit utk dptkn dslr t'sebut..xkira dgn cra apa skali pun asalkn dr sumber yg halal..


notakaki : pd sapa2 yg tahu kat mna ada kja ksong tu..tlg la inform kat ana ye..hehehe..

Thursday, March 17, 2011

:: test JPJ ::

kemarin ana ada test JPJ..mlm sblm test tu ana xblh tdohttp://www.emocutez.com..xtau knapa..mungkin sebab takut gagal..hehehe..biase la..bila ada ujian yg melibatkn beratus-ratus rggit ni memang gabra ckit jdnya..msa ana tengah tunggu giliran, tgn ana ni ketaq x brenti..nsib baik la msa pegawai JPJ tu bg taklimat dia buat lawak..reda la ckit ketaq nih..tp bru reda ckit...ada byk g ketaq nih..msa kwn ana tegur ana..dia kta ana relax jahttp://www.emocutez.com..tu apa yg dia nmpak..tp dlm hati nhttp://www.emocutez.com..hehehe...tkut kot..msa no ana dipanggil utk naik keta..ana jln steady ja..mcm yakin ja blh buat..dlm keadaan sedia nak memandu..pak cik yg jga keta tu panggil..dia kta tggu lmpu hijau..ok la..ana tggu..bila lmpu dh hijau..ana apa lg..tekan minyak la nak naik bukit..dgn yakinnya ana teka brek btul2 atas line kuning..hehehe..igtkn pegawai JPJ tu nk kta kna buat lain..tp alhamdulillah dh blh teruskn..msa nk trun tu satu plk mslh..nak kena bg balance minyak dgn clatch..klu silap kat situ dan kereta trun dr line kuning..gagal la.. tp ana dgn tanpa merasa malu..tekan minyak tu kuat2..hehehe..lantak la depa nak kta pa pun..asalkn lepas..nasib baik lepas..fuhhhttp://www.emocutez.com..dh lepas bukit..rsa tenang la ckit nak buat parking dan 3 penjuru..best2...hehehe..bhgian 2 llus dh..tggu utk bhgian 3 plk..bhgian 3 jalan raya..lama kot kena tggu..ana  habis bhgian 2 pkul 10 pg..ana dpat buat utk bhgian 3 pkul 1.30..huh..time tu mmg letih la menunggu..letih + lenguh bdn menunggu = mengantukhttp://www.emocutez.com..msa dia pggil tu ana mmg x lrat dh..ana masuk kereta dgn muka yg agak letih..tp xpa..ana bwk jgk keta tu..tp disebabkn letih..msa nk jln tu ana lupa nk trunkn brek tgn..hehehe..pegawai tu tnya knapa keta xjln..dengan tenang ana kata minyak xckup kot..hehehe..bila dok tgk2 keliling..bru perasan brek x lepas...patut la xjln..ana senyum ja kat pegawai tu..hehehe..malu kothttp://www.emocutez.com..ada lg slh yg ana buat..tp xnak crite pnjang2..apa2 pun..yg penting..ana lulus!!http://www.emocutez.com...hehehe..syukur alhamdulillah..kpd sapa2 yg akn duduki test JPJ tu..gud luck!!..

Thursday, March 3, 2011

:: 7 MAC 2011 ::

7 mac 2011?? btul ke ni?? knapa cepat sangat?? aku belum bersedia..aku tak ada keyakinan nak p ambik kputusan..aku takut ada subjek yg aku fail..i'm not strong enough...YA ALLAH! bantu lah aku utk lulus dlm spm..

Thursday, February 24, 2011

:: mimpi ::

pg td aku mimpi..mimpi pasal budak2 skolah ma'had..tau x?..aku mimpi adik aku tarik aku p jmpa dgn miss. F..kawan yg aku knal thn lpas..aku segan nk jmpa dgn dia..adik aku gtau dia yg aku ada dkat sblah ngan dia..pastu trus aku lari dok blakang pintu..pastu dia mai kat aku..dia senyum kat aku..pastu kawan2 dia yg lain pun mai berumun kat aku..aku pu apa lg..jd segan + gelabah=maluhttp://www.emocutez.com..bila dh lama aku dok ngan geng2 dia..aku raasa mcm skolah tu aku yg pnya..hahahahttp://www.emocutez.com (xda knea mengena)..lpas aku b'kenalan dgn kawan2 dia..dia bawak aku keliling skolah dia..ltih kot (bohong ja)..lpas dia bwk aku keliling skolah..dia ajak aku duduk kat pondok depan asrama puteri..kami dok sembang kat situ..sampai la miss.U mai kat aku..hehehe..miss. U mai duduk sebelah aku..pastu suma kawan2 dia pun mai berumun plk kat aku..dtg lah kembali perasaan malu aku td..x sangka plk rmi yg nk b'kenalan dgn aku..hahahahaha http://www.emocutez.com (prasan giler)..tp xpa..aku kontrol keadaan..senyum ja..dpa tnya aku jawab la..dlm tgh sronok sembang ngan dpa..time tu jugak aku terjaga dr tidur..hahaha..begitu la mimpiku yg agak menyeronokkan bg aku..tp itu cuma mimpiiii..bukan betollll2..

:: keputusan spm ::

selama hampir 3 bulan aku habis skolah..aku rasa xtenanghttp://www.emocutez.com..takuttt yg teramat sgthttp://www.emocutez.com..aku takut kalau aku ada fail dalam mna2 subjek..soalan sejarah dgn agama ssh..Ya Allah..rasa mcm nk menjerit ja..tp xblh nk wat..satgi org kata gila plk..xmo3..tp aku rasa mcm nak menangis ja dok kat umah ni..terseksa gila..klu blh aku nak menangis puas2 sblom kputusan klua..isk3!!!http://www.emocutez.com.. 

Tuesday, February 22, 2011

:: sedih ::

kemarin aku dpt panggilan dr kawan adk aku..aku igtkn dia minx tlg kawan dia pesankn barang yg dia nak kena bawak..rupa-rupanya kawan adik aku gtau yg adk aku kena demam campakhttp://www.emocutez.com..hahhh!http://www.emocutez.com..demam campak?..tahu x..cdey gila bila aku dengar adik aku kena demam campakhttp://www.emocutez.com..ye la..slalunya dia balik banyak benda dia akan cerita kat aku..tapi kali bila dia balik dia xlarat nak buat apa pun..asyik baring atas katil je..memang aku tahu yg sakit tu utk menghapus dosa..tapi aku sedih la bila tgk adik aku mcm tu..aku sayang adik aku walaupun aku slalu bergaduh dgn dia..

Monday, February 14, 2011

:: kawan baru ::

semalam aku ada berkenalan dengan seorang kakak..aku kenal dia dalam fb..masa aku nak mulakan chat dengan dia..aku rasa segan..ye la..orang baru kenal..sapa yang kenal aku tau la aku ni macam mana orangnya..bukan senang aku nak berkenalan dengan orang..tapi masa aku mula chatting dengan kakak ni..aku rasa selesa..aku rasa sronok chatting dengan dia..apa yang aku rasa masa chatting dengan dia sama seperti apa yang aku rasa masa bersama dengan sahabat2 aku..rasa tenang dan happy..dan bagi aku..dia memang baik..sangat baik..walaupun kami baru berkenalan..dia banyak tolong aku..dia bantu aku untuk menyelesaikan masalah aku..sama seperti apa yang sahabat2 aku penah buat kat aku..aku rasa sangat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang untuk aku berkenalan dengan dia..moga ukhwah yang telah terbina diantara kami kekal selamanya dan ikhlas keranaNYA..aminn..(n_n)

Friday, February 11, 2011

:: peritnya rasa di hati ::

betapa sakit dan peritnya hati ni apabila aku menanyakan soalan yang memang wajib untuk diisi di dalam borang itu..tapi kenapa aku dimarahi..sedangkan aku hanya menanyakan soalan itu..salahkah aku bertanya? haruskah aku dimarahi sebegitu sekali...kalau nak diikutkan nak ja balas balik.tapi aku x mampu nak balas balik..aku hanya mampu mendiankan diri sambil cuba untuk merawat hati yang terluka..aku akan cuba untuk memaafkannya tapi aku memerlukan masa..tapi aku akan tetap berkelakuan seperti biasa..insyaAllah..

Saturday, February 5, 2011

*Tuhan saja yang tahu*

arini mood aku kurg baik..aku xtau knapa aku tension sgt..http://www.emocutez.comgrr..ada ja bnda yg xkna..tp aku xtnjuk la kat family aku yg aku tension tahap maksimum..aku beraksi tenang dan happy ja depan dpahttp://www.emocutez.com..tp dalam hatiihttp://www.emocutez.com.. Tuhan saja yang tahu..kalau blh aku nk nangis puas2..aku nk ngadu puas2 kpd Allah..smpai lah hati aku blh tenang kembalihttp://www.emocutez.com ..tp aku perlukn ruang utk buat suma tu..aku perlu b'sendirian utk mencari kat mna silap akuhttp://www.emocutez.com..hanya dengan cara tu aku akan dpt merasa nikmat ketenangan yang tiada tandingnya..tp ada pulak bnda yg kureng menyenangkan jd arini..haihh..aku baru ja nk rasa aman ckit..ada plk bnda lain yg mengacauhttp://www.emocutez.comgrrrr!!..tp xpa..aku masih blh sabaq lghttp://www.emocutez.com..ada ka sorg bdk ni anti kwn aku xtntu pasal..mcm la kmi ni pnah p cri gaduh ngan dia tu..haishh..x phm btoihttp://www.emocutez.com..tp lantak la..malaih aku nk pikiaq..bkn dpt pa pun..baik aku pikiaq bnda lain lg berfaedah..tp kan..aku rindu kawan2 dan sahabat akuhttp://www.emocutez.com..ntah bila la aku dpt jmpa dgn dpa lg..rindu gilerrr!! hmm..apa la yang aku dok melalut ni..tudia la..stress jd mcm ni la..x btoi ckit..kna sedarkan diri scepat mgkinn..http://www.emocutez.comacacaca!!!!..fuhh..sedar sudah..alamak! pning plk kpala aku nihttp://www.emocutez.com.. maaf xdpt meneruskan crita..hampir pengsan dibuatnya (bohong gila)..hehehe

Sunday, January 23, 2011

*aktiviti masa boring*

ya Allah..rindunya kat kawan-kawan aku..dah nak dekat 2 bulan aku habis skolah..dok umah aku keja baca buku http://www.emocutez.com ngan ngadap internet..xda benda lain aku yang aku blh wat..hmm..boring btoi la http://www.emocutez.com..aku nk mesej ngan sahabat2 aku..tp bila dipikir2 balik mesti dpa tu sibuk sbb nk exam tahun ni..mesti dpa bz dgn kja skolah pa semua..dpa mesti nk focus http://www.emocutez.com..aku pun xnak jd punca dpa xblh nk focus..skrang ni..aku cma blh mcj ngan farah ja..tu pun x slalu sbb dia pun byk kja nk kna wat..hmm..xpe la..haa!! http://www.emocutez.com..nasib baik spupu kembar aku tu ada..blh la aku kacau dpa..hahaha..layan dpa pun best jgk..hehehttp://www.emocutez.com..tp setiap kali hati aku kna penyakit hati..aku xkan biar mcm tu ja..klu biar nnti syaitan mai hasut lagi susah..so, think positive is the best way for mehttp://www.emocutez.com..tanpa melengahkan masa dan tanpa membiarkan hati aku yg kna pnyakit tu melarat, lpas solat aku akan baca al-Quran..lepas habis baca aku akan rasa tenang kembalihttp://www.emocutez.com..alhamdulillah setakat ni aku masih lagi mengamalkan baca al-Quran lpas selesai solat..dan hasilnya aku xmudah lagi nak marah2 kat org xtntu psal..aku mudah memaafkan kesalahan org lain..klu aku ada terasa hati dengan sapa2 aku akan duduk sorg2 utk menenangkan fikiranhttp://www.emocutez.com..setelah aku tenang kembali aku akan cuba melupakan kesilapan org itu..berkat bimbingan sepupu (yang aku panggil akhi afiq)  yang ada di mesir dan sepupu kembarku, aku lebih byk mendekatkan diri dengan-NYA..dan aku cuba untuk menjadi org yag lebih baik dari dulu..aku amat terharu dgn bimbingan dan sokongan yg diberikan oleh dpa dan sahabat 2 akuhttp://www.emocutez.com..dan aku gembira dan berpuas hati dengan perubahan yg berlaku pada diri aku yg sekaranghttp://www.emocutez.com

Saturday, January 8, 2011

*rindu*

dh sebulan lebih aku habis exam..rindu pulak rasanya nak p sekolah..lebih-lebih lagi dekat sahabat2 aku..dah lama aku x jumpa dengan depa..asyik mesej dan chatting ja..ari tu jumpa farah dengan fatin kat kenduri rumah farah majid..tp jumpa kejap ja..tp xpa la..lepas jugak rindu nk jumpa dua beradik tu..hmmm..rindunya kat sahabat2 aku tu..apa la depa tengah buat sekarang ni..tp xpa..minggu depan aku nak p sekolah..nak p ambik pin code untuk upu..pastu nak p antar buku kimia kat cikgu nazuha..sempat kot jumpa depa..kalau x sempat pun, aku kenalah redha..ye la..depa bukan senang nak jumpa aku..depa mesti busy dengan kerja yang cikgu bagi..tp aku akan berusaha jugak untuk jumpa dengan depa..chaiiyok!! hahaha..izyan hayati, shuhada. farah atikah dan fatin atirah..wait for me!! i'm coming!! hahaha...

Thursday, January 6, 2011

*tahun terakhir di sekolah*

tahun ni merupakan tahun yang terbaik bg aku..telah banyak perkara yang aku pelajari di sekolah ni..belajar untuk bersabar, belajar mengenali orang lain, belajar untuk menjadi seorang pendengar yang baik, belajar untuk menjaga hati sahabat2 aku dan errr..banyaklah yang aku dah belajar..tahun ni jgk aku berkenalan dengan farah dan fatin..bukan senang aku nak berkenalan dengan orang..tp entahlah..aku rasa selesa berkenalan dengan dua beradik ni..farah lembut orangnya..fatin pulak nampak lasak ckit..tp aku x lupa pada dua orag sahabat aku yang selalu berada di sisi aku semasa susah dan senang..izyan dan shuhada..depa ni junior aku..tapi aku x kisah..banyak perkara yang aku belajar drpd depa..walaupun aku ramai teman yang sama umur..tp susah untuk aku cari teman yang sejati..setakat ni aku dah jumpa 3 orang..namun bukan begitu sahaja aku menganggap mereka sebagai teman sejati..aku menguji mereka dahulu..dan keputusannnya memang seperti yang telah dijangka..mereka memang layak menjadi teman sejati..bukan hanya untuk aku..tp juga org lain..setiap kali balik sekolah..kami berempat akan duduk di kantin sekolah..sambil menunggu untuk balik rumah, kami sembang dahulu..biasa lah..bukan senang nak jumpa..kalau aku ada kelas tambahan aku x dapat la jumpa dengan depa..jd aku guna peluang yang ada untuk sembang puas2 dengan depa..hahaha..aku x peduli dah orang nak kata pa..biar p kat depa..bukan aku kacau depa pun..huh..tp tahun ni merupakan tahun terakhir untuk aku duduk bersembang dengan depa..sedihh pulak aku rasa nak tinggalkan sekolah..tp apa boleh buat..nak tak nak aku kena tinggalkan sekolah ni dan melangkah ke alam yang baru..tp aku xkan sesekali melupakan sahabatku..walau apapun yang terjadi..kerana kamu semua sentiasa berada di dalam hatiku..