Bismillahirrahmanirrahim..
IMAN..setiap perubahan yang berkaitan dengan diri kita pasti ada kaitan dengan meningkat dan menurunnya tahap keimanan..macam ana..walaupun sebelum ni teman-teman ana cakap ana seorang yang penyabar dan pendiam..belum tentu lagi kelakuan ana itu dapat membuktikan yang ana seorang yang beriman..dan apa yang ana pasti..masa berada di sekolah menengah, iman ana tidak pernah mantap..
Selepas habis peperiksaan SPM..ana banyak membeli dan menbaca buku-buku ilmiah..dan kebanyakan buku yang ana baca adalah mengenai hati..setiap perubahan yang akan ana lakukan mesti melibatkan hati..kerana hati yang bersih dan sentiasa mengingati Allah dapat mengelakkan ana daripada mengulangi perkara yang sama..
Buku yang paling ana suka adalah buku ilmiah yang berjudul "BAWA HATIMU KEPADA TUHAN"..buku ini merupakan pemberian daripada sahabat ana..buku ni yang paling ana suka kerana isi buku ni banyak menyedarkan ana betapa pentingnya hubungan seorang hamba dengan penciptaNYA..dan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYA..Allah sentiasa mengambil berat tentang hamba-hambaNYA tetapi hamba-hambaNYA tidak mempedulikan penciptaNYA..
Alhamdulillah..setakat ni ana masih cuba untuk mendekatkan diri dengan Allah..dan ana juga sedang cuba untuk meningkatkan tahap keimanan ana agar ana tidak mudah termakan dengan hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..dan ana cuba meningkatkan tahap keimanan hamba sehinnga ana dapat merasakan kemanisan iman..KEMANISAN IMAN..itu yang ana cari selama ni..
MEMBURU KEMANISAN IMAN adalah sesuatu perkara yang ana ambil serius..walaupun bagi sesetengah remaja perkara ini tidak penting..tapi ana bukan seperti mereka yang masih tidak sedar yang kiamat sudah dekat..dan yang penting..ana ingin menyintai Allah dan rasulullah S.A.W..Nabi Muhammad sentiasa mengabil berat dan menyintai umat-umatnya..jadi ana ingin berusaha untuk membalas cinta baginda dengan berselawat kepadanya dan mendoakan kesejahteraannya..
Kemanisan iman ini amat sukat untuk di dapati sekiranya usaha tidak mencukupi..ana kena pastikan iman ana tidak luntur dengan meningkatkan kualiti ibadah, hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah dan selalu menghadiri majlis ilmu..insyaAllah suma itu akan ana lakukan demi mengukuhkan tahap keimanan..apabila telah kukuh..ana akan memburu kemanisan iman..insyaAllah..(n_n)

No comments:
Post a Comment