PERUBAHAN..apa yang anda faham mengenai perubahan??..adakah berubah dari buruk ke cantik??..atau berubah sikap dari kurang baik kepada lebih baik??..seperti ana..ana cuba berubah untuk menjadi lebih baik..walaupun sebelum ini ana seorang yang agak nakal..tapi berkat ilmu yang dipelajari sepanjang 3 bulan ini banyak memberi kesedaran kepada ana betapa pentingnya untuk ana berubah..dan yang paling penting ana berubah kerana Allah..ana takutkan azab yang akan Allah berikan kepada hambanya yang ingkar akan perintanhNYA..
Alhamdulillah setakat ni ana masih boleh konsisten..tapi biasalah..dalam proses untuk berubah ni banyak betul cabaran yang ana hadapi..terutamanya hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..kadang2 tu ana tumpas juga dengan hasutan syaitan tapi ana berusaha untuk konsisten juga..untuk melawan semua itu bukanlah sesuatu yang senang..tapi ana tetap berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama..
Sejak berada di sekolah menengah lagi ana sudah mula menutup aurat bermula dengan memakai handsocks..semasa berada di tingkatan 5 ana sudah mula memakai stokin untuk menutup aurat di bahagian kaki..dan alhamdulillah sekarang ana sudah mula memakai tudung labuh..soal pakaian ana xda masalah sebab ana sudah biasa pakai baju longgar dan saiz yang besar..ana juga suka mengenakan baju muslimah kerana ana selesa dengan rekaan baju tersebut..
InsyaAllah ana akan cuba konsisten dalam menutup aurat..walaupun ana baru mengenakan tudung labuh..ana xpernah merasa hangat mengenakannya malah ana merasa amat selesa..mudah-mudahan rasa ini berpanjangan..amin..dan insyaAllah sekiranya keadaaan mengizinkan..ana akan cuba untuk memakai purdah..tapi ana perlu belajar tentang ilmu pemakaian purdah..insyaAllah..(^_^)

No comments:
Post a Comment