Tuesday, June 12, 2012

~ Emas ~

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang di kasihi..moga semuanya sihat-sihat belaka..(n_n)..entry ana kali ini adalah mengenai emas..





Sebelum  itu ana nak tanya sahabat-sahabat semua, apa yang anda semua boleh lakukan dengan pembelian emas? Adakah sekadar perhiasan? Sekiranya anda membeli emas hanya sebagai perhiasan, tiada masalah. Tapi, adakah anda tahu dengan pembelian emas anda juga boleh membuat pelaburan yang menghasilkan pulangan yang lumayan? Sudah tentu ramai yang mengetahui tentang ini kan?



Jadi sekiranya sahabat-sahabat yakin dengan pelaburan ini, apa salahnya sekiranya sahabat-sahabat cuba untuk melabur terutamanya mahsiswa / mahasiswi kolej atau universiti yang membuat pinjaman ptptn. Seperti yang kita tahu, kebanyakan mahsiswa / mahasiswi yang telah menamatkan pengajian mempunyai masalah untuk membuat pembayaran semula ptptn. Tambahan pula kerja kosong susah untuk dicari. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh saja mencuba langkah ini sebagai perancangan masa depan anda..(n_n)..

p/s : kpd sesiapa yg b'minat, blh cntct sy melalui http://www.facebook.com/marwani.ahmad

Friday, May 18, 2012

~ Alhamdulillah ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk melihat keindahan alam ciptaanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar ciptaanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk berkasih sayang hanya keranaNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk melakukan kebaikan di jalanNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk tersenyum ikhlas keranaNya..

Alhamdulillah,
aku masih diberi peluang untuk beribadah kepadaNya..

Alhamdulillah, 
aku masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum tiba masa untuk aku mengadapNya..

~ Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam ~

Cuci wajah 5x sehari

  • agar wajah kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5x sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.
Bersenam elakkan stress
  • untuk menghilangkan stress atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik bersenam yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.
Rahsia bibir cantik
  • anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibr, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orng lain, dan juga tidak sombong atau takabur.
Dikenali dan disayangi
  • agar diri lebih dikenali dan disayangi ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kuliah, di pejabat, ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.
Tubuh langsing jadi idaman
  • untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu ambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat isnin dan khamis pada setiap mggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkanlah pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
sumber : majalah dara.com