Friday, May 18, 2012

~ Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam ~

Cuci wajah 5x sehari

  • agar wajah kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5x sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.
Bersenam elakkan stress
  • untuk menghilangkan stress atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik bersenam yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.
Rahsia bibir cantik
  • anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibr, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orng lain, dan juga tidak sombong atau takabur.
Dikenali dan disayangi
  • agar diri lebih dikenali dan disayangi ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kuliah, di pejabat, ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.
Tubuh langsing jadi idaman
  • untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu ambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat isnin dan khamis pada setiap mggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkanlah pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
sumber : majalah dara.com

No comments: