- senyuman adalah satu sedekah. apa salahnya kita melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja apabila terserempak dengan mereka (jantina yang sama sahaja, bahaya kalau melemparkan senyuman kepada jantina yang berbeza ya.. n_< ). senyuman dengan niat ikhlas untuk mengembirakan hati seseorang adalah lebih baik daripada kita bermasam muka dan tidak mahu bertegur sapa. apabila anda senyum, kawan baru ini tidak akan segan silu untuk mendekati anda bagi memulakan persahabatan.
BERCAKAP
- kita belum mengetahui latar belakang kawan baru kita dengan lebih lanjut, maka ajak dia berbual terlebih dahulu. katakan sesuatu yang berfaedah kerana tidak semua berminat mendengar kata2 kosong. apabila kita sudah mengetahui minatnya, hobinya dan juga kesukaannya maka gunakan ia sebagai bonus untuk lebih mendekati kawan baru itu. apa salahnya kita memperuntukkan sedikit masa untuk berbicara dengannya untuk mengeratkan silaturrahim yang terjalin.
SERIUS
- ketika bersembang dengan rakan baru, jangan menunjukkan reaksi terlalu serius. ditakuti, mereka akan menganggap kita tidak mudah untuk didekati. orang yang bersikap serius ini kebanyakannya mudah terasa. sudah menjadi asam garam antara dua orang sahabat untuk bergurau senda. oleh itu, lupakan sebentar sikap terasa hati kita demi sahabat baru yang disayangi.
PERAMAH
- bukan hanya senyuman yang mampu menjalin persahabatan tetapi sikap yang mulia juga mempengaruhi ikatan yang terjalin. sifat peramah amat digalakkan untuk kita yang ingin mendekati kawan baru. dia akan merasakan kita mengambil berat ke atas dirinya dan boleh berkongsi suka dan duka bersama. jangan kita bersikap berlagak tanpa bertanya mengenai keadaanya. paling tidak pun cukup sekadar bertanya khabar setiap hari. itu sebenarnya sudah memadai bagi antara kita yang kurang peramah.
LAWAK
- tidak semua orang mempunyai kelebihan membuat lawak yang membolehkan orang lain geli hati. namun, jika namanya sahabat, lawak bagaimanapun yang kita reka pasti dia akan ketawa. itu dinamakan sahabat. kawan yang biasa mungkin tidak akan melayan lawak ringkas kita itu kerana kurang berminat. tetapi sebagai permulaan persahabatn, senda gurau adalah perlu supaya lebih ceria dan kehidupan kita dihiasi dengan keceriaan setiap masa. (n_n)
majalah dara.com
No comments:
Post a Comment