Tuesday, April 19, 2011

:: maafkan ku sahabat ::

hari ini ana tak tahu kenapa ana mengeluarkan ayat itu..ana tak sepatutnya berkata begitu..maafkan ku sahabat..ana tak bermaksud nak menyakiti kamu..ana tahu mungkin kamu terasa dengan kata-kata ana..tapi percayalah, ana bukan nak putuskan persahabatan kita..dan tak mungkin ana bermaksud nak kamu lupakan ana..ana tahu ana salah..dan ana minta maaf..ana sayang kamu..ana juga sayang sahabat-sahabat yang lain..ana faham kalau kamu tak boleh nak maafkan ana..dan ana takkan memaksa kamu untuk memaafkan ana..satu saja yang perlu kamu tahu..ana sayang sahabat2 ana, terutamanya kamu..

Monday, April 11, 2011

:: memburu kemanisan iman ::

Bismillahirrahmanirrahim..


IMAN..setiap perubahan yang berkaitan dengan diri kita pasti ada kaitan dengan meningkat dan menurunnya tahap keimanan..macam ana..walaupun sebelum ni teman-teman ana cakap ana seorang yang penyabar dan pendiam..belum tentu lagi kelakuan ana itu dapat membuktikan yang ana seorang yang beriman..dan apa yang ana pasti..masa berada di sekolah menengah, iman ana tidak pernah mantap..


Selepas habis peperiksaan SPM..ana banyak membeli dan menbaca buku-buku ilmiah..dan kebanyakan buku yang ana baca adalah mengenai hati..setiap perubahan yang akan ana lakukan mesti melibatkan hati..kerana hati yang bersih dan sentiasa mengingati Allah dapat mengelakkan ana daripada mengulangi perkara yang sama..

Buku yang paling ana suka adalah buku ilmiah yang berjudul "BAWA HATIMU KEPADA TUHAN"..buku ini merupakan pemberian daripada sahabat ana..buku ni yang paling ana suka kerana isi buku ni banyak menyedarkan ana betapa pentingnya hubungan seorang hamba dengan penciptaNYA..dan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYA..Allah sentiasa mengambil berat tentang hamba-hambaNYA tetapi hamba-hambaNYA tidak mempedulikan penciptaNYA..


Alhamdulillah..setakat ni ana masih cuba untuk mendekatkan diri dengan Allah..dan ana juga sedang cuba untuk meningkatkan tahap keimanan ana agar ana tidak mudah termakan dengan hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..dan ana cuba meningkatkan tahap keimanan hamba sehinnga ana dapat merasakan  kemanisan iman..KEMANISAN IMAN..itu yang ana cari selama ni..

MEMBURU KEMANISAN IMAN adalah sesuatu perkara yang ana ambil serius..walaupun bagi sesetengah remaja perkara ini tidak penting..tapi ana bukan seperti mereka yang masih tidak sedar yang kiamat sudah dekat..dan yang penting..ana ingin menyintai Allah dan rasulullah S.A.W..Nabi Muhammad sentiasa mengabil berat dan menyintai umat-umatnya..jadi ana ingin berusaha untuk membalas cinta baginda dengan berselawat kepadanya dan mendoakan kesejahteraannya..


Kemanisan iman ini amat sukat untuk di dapati sekiranya usaha tidak mencukupi..ana kena pastikan iman ana tidak luntur dengan meningkatkan kualiti ibadah, hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah dan selalu menghadiri majlis ilmu..insyaAllah suma itu akan ana lakukan demi mengukuhkan tahap keimanan..apabila telah kukuh..ana akan memburu kemanisan iman..insyaAllah..(n_n)


Sunday, April 10, 2011

:: perubahan ::

Bismillahirrahmanirrahim..

PERUBAHAN..apa yang anda faham mengenai perubahan??..adakah berubah dari buruk ke cantik??..atau berubah sikap dari kurang baik kepada lebih baik??..seperti ana..ana cuba berubah untuk menjadi lebih baik..walaupun sebelum ini ana seorang yang agak nakal..tapi berkat ilmu yang dipelajari sepanjang 3 bulan ini banyak memberi kesedaran kepada ana betapa pentingnya untuk ana berubah..dan yang paling penting ana berubah kerana Allah..ana takutkan azab yang akan Allah berikan kepada hambanya yang ingkar akan perintanhNYA..

Alhamdulillah setakat ni ana masih boleh konsisten..tapi biasalah..dalam proses untuk berubah ni banyak betul cabaran yang ana hadapi..terutamanya hasutan SYAITAN LAKNATULLAH..kadang2 tu ana tumpas juga dengan hasutan syaitan tapi ana berusaha untuk konsisten juga..untuk melawan semua itu bukanlah sesuatu yang senang..tapi ana tetap berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama..

Sejak berada di sekolah menengah lagi ana sudah mula menutup aurat bermula dengan memakai handsocks..semasa berada di tingkatan 5 ana sudah mula memakai stokin untuk menutup aurat di bahagian kaki..dan alhamdulillah sekarang ana sudah mula memakai tudung labuh..soal pakaian ana xda masalah sebab ana sudah biasa pakai baju longgar dan saiz yang besar..ana juga suka mengenakan baju muslimah kerana ana selesa dengan rekaan baju tersebut..

InsyaAllah ana akan cuba konsisten dalam menutup aurat..walaupun ana baru mengenakan tudung labuh..ana xpernah merasa hangat mengenakannya malah ana merasa amat selesa..mudah-mudahan rasa ini berpanjangan..amin..dan insyaAllah sekiranya keadaaan mengizinkan..ana akan cuba untuk memakai purdah..tapi ana perlu belajar tentang ilmu pemakaian purdah..insyaAllah..(^_^)