Sunday, September 18, 2011

:: training programming camp (TPC) ::

assalamualaikum semua,
apa khabar antum semua? moga semua berada dalam keadaan sihat..maafkan ana kerana dah lama tak update blog ni..ana tak sempat nak online..maaf ye..

baru-baru ni ana ada menyertai TRAINING PROGRAMMING CAMP (TPC) anjuran Persatuan Eksekutif Muamalat, KUIN yang diadakan di Sri Julok Resort, Naka..program ni diadakan selama 3 hari 2 malam..pada hari pertama, ana dan rakan2 yang lain berolak dari stargate ke naka pada pukul 6 petang dan tiba di sana pada 7.15 malam..setelah tiba di sana, ana dan rakan2 diminta berkumpul di dewan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dan mendengar taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan..yang menariknya, pada malam itu kami menjalankan aktiviti night walk dimana kami diberi masa 5 minit untuk menukar pakaian dan membawa bersama kain batik (muslimah) dan kain pelikat (muslimin)..Allah je la yang tahu betapa kelam kabutnya kami semua pada masa tu..tapi yang pasti..aktiviti nightwalk tu memang best!

pada hari kedua, kami diarahkan untuk mengendalikan malam kebudayaan yang akan diadakan pada malam kedua bersama penduduk kampung naka. kami dibahagikan kepada unit-unit tertentu mengikut tugas-tugas yang diberikan. letih jugak la mengendalikan satu program dalam satu hari. tapi yang seronoknya, kumpulan ana ditugaskan untuk memetik buah-buahan di pokok-pokok yang ada berhampiran dengan dewan. memang seronok sangat dapat petik buah dengan kawan-kawan baru. (n_n). pada malam tu bermulalah aktivit malam kebudayaan. walaupun program berjalan dengan lancar, tapi masih ada sedikit masalah yang dihadapi. tapi semuanya dapat diatasi dengan jayanya.

pada hari ketiga, kami mengadakan aktiviti senam pagi dan explorace. pada aktivit senam pagi tu, ana dan teman-teman diberi hukuman kerana datang lambat ke dewan untuk solat subuh. hukuman yang diberikan xde la teruk sangat. hukuman ringan ja. tapi untuk aktiviti explorace tu mmg best la. walaupun ada sedikit masalah dengan ahli kumpulan, tapi itu perkara biasa. pada petang tu kami bersiap sedia untuk pulang ke kolej. pada petang tu jugak, pengarah program membenarkan kami membawa pulang sebanyak mugkin buah-buahan yang ada di sekitar kampung untuk dikongsi bersama kawan-kawan di kolej nanti. begitulah aktiviti kami selama tiga hari berada di sana. ana berharap ana dapat menyertai lebih banyak program yang akan diadakan oleh pihak kolej. (n_n)